Hi y'all.. Lama tak jumpa.. Rindu ke? Alah, rindu tu, mengaku je la, malu-malu pulak.. OK, hari ni aku dalam mode mak nyah gitu~ Auw auw.. (Sambil tangan merewang-rewang gaya mak nyah.) Mak nak merepek sikit nih. Sila tadah telinga ye anak murid.
Ada orang tuuuuut kata aku terlalu memilih. Sebab tu la single lagi. (Eii mulut.. Takde insurans ke?? Mak cili baru tau! Menyampah I, huh!) Memilih ke kalau sekadar mahu yang terbaik?
Teringat cerita seorang cikgu, katanya sebelum dia berkahwin dengan buah hatinya dulu, dia sudah siapkan syaratnya, dia pesan pada bakal suaminya sebelum melangkah ke negeri orang melanjutkan pelajaran, "Bila awak balik nanti, bila awak lamar saya nanti, saya mahu hidup senang, saya mahu apa yang saya nak, semua saya dapat. Saya tak mahu hidup susah, saya tak nak kena kerja teruk-teruk." (Adesss. Terkasima mak sekejap kat dalam kelas tu you. Cube kalau mak yang buat macam tu, haram la sampai ke tua tak kahwin gamaknya kot. Gulp!)
Tapi sambung cikgu tu lagi, Alhamdulillah, barangkali kerana cinta yang kuat & akal yang waras, bakal suaminya tu mengaji betul-betul & kerja kuat sungguh la untuk kumpul duit. Al-maklum, nak kahwin dengan awek yang demand gler la katakan. Sekarang cikgu tu dah ada 3 anak dan Alhamdulillah walaupun taklah kaya macam sultan, tapi semua keperluan tersedia. Waah~~ Alangkah bagusnya kalau semua lelaki macam tu. Mesti aman sentosa hidup ini kan. Tak payah la mak susah-susah lagi. Auww~
Kadang-kadang perempuan ni bukannya mahu sangat lelaki kaya, asalkan dapat cinta yang mencurah-curah, sudah, diamlah dia. Kalau dapat laki kaya melimpah-ruah tu kira bonuslah. Tapi kalau laki kaya pun, kalau tak pernah lekat kat rumah atau main kayu tiga pun tak guna jugak kan. Alah, macam lelakilah jugak, mesti ada hati nak kahwin dengan perempuan cantik macam bidadari. Aku berani kerat jari kucing aku (err, aku ade kucing ke?), tak ada lelaki yang tak mahu bini hot macam Jennifer Lopez dalam dunia ni. Toksah tipu la. Mak sendiripun tertelan air liur tengok punggung terjungkit si J.Lo tu, apalagi la korang yang bukannya kuat sangat imannya tu kan. Betul tak mak cakap? Betul..
Pernah seorang teman bertanya, "Apa ciri-ciri lelaki yang awak suka?" Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab, "Saya nak kahwin dengan ustat." Tertelan air liur barangkali sebab dia tu sosial orangnya, setakat salam-salam, laga-laga pipi dengan perempuan ni normal saja bagi dia. Pernah juga aku tanyakan pasal solatnya, dia mengaku solatnya masih 'tak penuh'. Ok, kata aku, aku boleh terima tapi macamana mahu membimbing kalau tanggungjawab yang paling no.1 pun tak buat? Bila aku kata macam tu, marah pulak, kecil hati. Ah sudahlah kau, banyak lagi masalah mak nak fikir. Huh. Bagi betis nak paha pulak. Mengada tao! Mak tenyeh muka tu baru tau! Dah la banyak jerawat! Woopss, sorry terlepas la pulak. Mak tengah emo ni.
Umm, aku sendiripun masih tak berapa nak betul sebenarnya (al-maklum la split personality, kejap normal, kejap nyah), tapi sebab tak berapa nak betul tu la maka aku cari orang yang betul. Tapi kata orang, pipit terbang dengan pipit, enggang dengan enggang, nyah dengan nyah. (Eh, ye ke?) Kalau ustaz, mestilah nak terbang dengan ustazah kan, dan aku pulak jauh benar dari ustazahnya. Maka, goodbye sajalah cita-cita semasa di tadika yang hendak kahwin dengan pak lebai tu. (T__T) Woowoowoooo~ Mak sedar diri mak ni siapa.
Maka beralih pula pada orang yang huha-huha. Akupun huha-huha jugak. Aku fikir mungkin orang macam itu yang sesuai dengan aku kot. Kawan punya kawan, aku pulak yang ikut dia. Orang buat maksiat, akupun buat jugak. Astaghfirullah hal'azim. Pekerjaan apakah ini? Sia-sianya hidup, mati lagi bagus. Alhamdulillah tak lama lepas itu Tuhan putuskan. Leganya walaupun sakit. Alhamdulillah Alhamdulillah, mak dah tobat gitu, tak mao buat lagi dah tao.
Haa, lepas tu jalan-jalan lagi, terjumpa la yang satu ni, rasanya macam kena, macam masuk. Ka-ching! Berkenan sungguhlah di hati sampai termimpi-mimpi, tapi lurus bendullah pulak. Adeh laa.. Aku ni perempuan, takkanlah aku kena melaung satu Gombak yang aku suka dekat kau? Ke kau ni memang buta hati tak reti nak bercinta dengan perempuan? Sudahlah aku ni kalau berdepan nanti mula la lidah kelu untuk berkata. Dah tu macamana aku nak confess? Ke, dia memang tak suka aku kot? Ataupun, boleh jadi..GAY? Gosh.. Um, whatever-lah, the time is up now, so I cannot wait for you anymore-lah. Babai! Penat tao mak tunggu! Asek-asek takde respon. Huh!
Kesimpulannya, semua orang berhak memilih dan samada lelaki mahupun perempuan, dua-duapun sama saja memilihnya. Lelaki jangan salahkan perempuan bila perempuan demand mahu lelaki yang hensem macam Christian Bale, ataupun yang hafal ayat Quran macam Dr. Asri mantan Mufti Perlis, yang kaya macam Britney Spears, yang ada rumah banglo, istana atas bukit, dan yang ada kereta Ferrari & Merc serta kolam tempat berenang-renang, ataupun yang romantik pandai main Spanish Guitar, greng greng.
Dan perempuan pulak, jangan menyampah dengan lelaki yang demand mahu kahwin dengan perempuan yang smokey hot macam Scarlett Johannsen, yang manja macam anak kucing, yang pandai masak macam chef Wan tapi lemah lembut macam Siti Nurhaliza, yang hebat pidato macam Ustazah Bahyah, dan yang paling bahaya sekali, yang bercita-cita tinggi mahu kahwin lebih daripada satu. (Waah annoying sungguh yang paling last ni kan?? Ewww! Mak tak rela you!)
Kepada semua pembaca, post ni sekadar suka-suka jek. Anggap la macam baca cerita lawak je ok! Aku sendiripun tergelak sorang-sorang masa tengah taip post ni. Kalau ada yang tersinggung, aku mintak maaf banyak-banyak ye, takde niat pulak nak menyentuh peribadi sesiapa. Mana-mana yang baik tu ambil kutip jadikan sebagai pengajaran. Yang mana tak best tu, ala wat bodo sudey! Ada aku kesah?
Dengan ini mode mak nyah ditamatkan. Sekian!